Saturday, 30 May 2015

Program lawatan ke rumah orng tua al-Ikhlas, Puchong HHC UKM sem 4

pada 26 April 2015 kami telah melakukan lawatan ke rumah orang tua al-ikhlas, bertempat di
Rumah jagaan orang tua Al-Ikhlas, Kg. Pulau Meranti
Lot 3530, Jalan Besar,  batu 18Kampung pulau Meranti,
47120 Puchong, Selangor

Tujuan lawatan ini adalah bagi memenuhi tugasan bagi subjek HHC sem 4 UKM.  Kumpulan kami seramai 6 orang telah bersiap sedia dari awal bagi melaksanakan tugasan ini.  tugasan kali ini agak santai dan lebih kepada memupuk hubungan baik dan mesra bersama warga tua di sana. 

Pensyarah kami kali ini ialah Puan Rabitah Binti Mohamad Ghazali.  Manakala ahli kumpulan kami yang masih menggunakan nama kumpulan yang sama terdiri daripada Rohaya Abd Latiff sebagai Pengarah Program, Salamah Sahudin, Syahidah Najwa, Nur Atikah Abu Samah, Siti Maryam Adam dan dan Siti Zulaizah.

Program kami berdasarkan tentif program yang telah kami rancang bersama bermula dari jam 9 pagi sehingga waktu zohor sahaja. 

Tentatif Program

Tarikh
26 April 2015 (Ahad)

Masa
9.00am:           Berkumpul di Masjid UKM Bangi
9.30am:           Sesi Taklimat ahli oleh Pengarah Program
9.45am:           Bacaan doa sselamat sebelum bertolak
10.00am:         Bertolak ke Rumah Orang Tua al-Ikhlas
10.30am:         Tiba di Rumah Orang Tua al-Ikhlas
10.45am:         Majlis suai kenal bersama Puan Muji- Majlis Ringkas
11.00am:         Majlis beramah mesra bersama penghuni
12.30am:         Sesi soal jawab bersama Puan Muji
1.00pm:           Sesi Penyerahan wang kutipan ahli untuk rumah al-Ikhlas

1.30pm:           Bersurai

kami berkumpul seawal jam 9.00 pagi diperkarangan Masji UKM


Berkumpul di perkarangan masjid UKM 


sesi taklimat oleh Pengarah Program Pn. rohaya


Bacaan doa selamat oleh pn. Siti Zulaizah sebelum memulakan perjalanan


Tiba dirumah orang tua al-Ikhlas, sebuah masjid lama wakaf dari penduduk tempatan. Mereka ini pada mulanya dihantar oleh waris ke hospital untuk menerima rawatan. Tetapi setelah keluar daripada hospital, waris tidak dapat dihubungi. 


Dihadapan rumah orang tua al-Ikhlas, Puchong


Bertemu Puan Muji, Pengurus Rumah Orang Tua al-Ikhlas.  Puan Muji yg pernah bertugas sebagai ketua jururawat di Hospital Kuala Lumpur pada masa tu merasa sangat belas dan bertanggung jawab, lalu beliau telah membawa pulang kerumahnya. Semenjak daripada itu semakin ramai pesakit yang tidak diambil oleh waris dibawa pulang kerumah beliau. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang hanya tinggal disebuah apartment bersama tiga orang lagi anaknya.  Bermula dari situlah beliau menjadikan aparmentnya sebagai wad menjaga orang-orang tua yang lansung tidak mempunyai pertalian darah dengan beliau.  Semakin hari bilangan warga tua yang menghuni rumah beliau semakin ramai sehingga ruang yang kecil tidak lagi mampu menanggung mereka.

Oleh kerana usaha baik dan sikap keperihatinan yang ditunjukkan oleh Puan Muji, usaha beliau telah mendapat perhatian ramai dan beliau telah dibenarkan menempatkan warga tua tersebut di satu kawasan tanah wakaf yang mempunyai bangunan masjid lama. Bangunan tersebut masih kukuh dan dijadikan tempat tinggal baru bagi semua penghuni rumah al-Ikhlas tinggal sehingga kini.


Dalam kawasan rumah orang tua al-Ikhlas, sesi ramah mesra bermula.
menurut Puan Muji, mereka dihantar kesini setelah selesai rawatan di hospital tetapi tidak ada waris yang datang menjemput mereka.  Ada juga yang dihantar sendiri oleh anak-anak dan ahli waris. Ada yang dibiayai penjagaannya disini dan ada yang tidak. 


pakaian penghuni disini tersusun rapi


stok makanan, ubat-ubatan, makanan tambahan untuk kesihatan dan diaper bagi keperluan penghuni disini hasil sumbangan orang ramai.  Pusat jagaan ini sangat memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung jumlah penghuni yang ramai melebihi 50 orang kesemuanya.  semoga Allah memberikan ganjaran besar kepada penyumbang yang bermurah hati menyumbangkan barangan dan keperluan harian ini.


salah seorang penghuni yang sentiasa bertanya kami dimana anak-anaknya, sungguh menyayat hati.  soalan yang diajukan kepada kami berulangkali, "Mengapa tak bawa anak dia datang sekali...".  Kelihatan dia sangat merindui anak-anaknya.  Setelah dipujuk oleh syahidah najwa barulah dia berdiam diri dan baring sambil menunggu anaknya yang tidak pernah kunjung tiba.


Pengarah Program Pn. rohaya dalam sesi ramah mera bersama penghuni disini.


Pn. rohaya dan Pn. Salamah bertanya khabar...


Siti Maryam bersama seorang warga tua yang terlantar...


dalam ruangan penghuni lelaki

 Berkerusi roda kerana gout dan lumpuh


menikmati makanan tengahari bersama di katil  masing-masing


pakcik ini sangat ramah melayani kami dan berbual mesra walaupun waktu makan..


Bersurai dan Muhasabah diri sendiri, keinsafan timbul didalam hati.  Pelbagai perasaan menyelinap dalam hati kami, sedih, hiba, sayu dan sebagainya.  bagi yang masih mempunyai ibubapa, layanlah mereka sebaiknya.  ambil khabar dan ambil peduli tentang mereka.  barangkali ia satau perkara yang kita rasa ia menyusahkan, tetapi percayalah hikmahnya sangat banyak.  Ganjarannya melimpah ruah selagi kita masih hidup du muka bumi ini.  Sayangilah meereka sebagaimana mereka telah dan pernah menyayangi kita semasa masih kecil.  mereka sangat memerlukan belaian kasih sayang  dan rindukan anak-anak dan ahli keluarga yang lain.   jika ada masa terluang, ziarahlah mereka kerana mereka memerlukan teman berbual dan beramah mesra.





















Saturday, 7 June 2014

Post Mortem Program

Post Mortem program telah diadakan bersama ahli Kumpulan dalam pertemuan ringkas waktu rehat di Surau Kolej Aminuddin Baki UKM pada Sabtu 31 Mei 2014 jam 1.15 tengahari. Dalam pertemuan ini keseluruhan ahli kumpulan berpuas hati dengan perlaksanaan program dan dan sumbangan dari setiap ahli. Perbualan telah dirakam dan ini adalah antara perbincangan dan kesimpulan yang dapat dirumuskan di sini ialah:

Perkara berbangkit dan ucapan ahli:

-Ilmu semakin bertambah, bukan sekadar anak-anak yatim, ahli juga perlu bersedia dengan ilmu untuk menyampaikan kepada anak-anak RNH- Syahidah Najwa

- Rasa seronok dengan program yang dijalankan, kerjasama antara kumpulan sangat baik - Azlina

- Program mencapai matlamat dari segi komunikasi dan pembelajaran sepanjang hayat, ucapan terima kasih kepada Pengarah dan ahli kumpulan semuanya - Rohaya

- Mendapat sangat banyak pengalaman dan keinsafan melihat anak-anak yatim dan berusaha untuk terus menyumbang - Salamah

- Bersyukur dapat bersama kumpulan ini dan rasakan program ini akan diingat sepanjang hayat sebab kerjasama yang sangat baik sesama ahli kumpulan - Norhazlina

- Ucapkan terima kasih pada semua ahli yang memahami keadaanya yang sedang berbadan dua dan tidak ada masalah berbangkit, sangat seronok dengan program - Nor Atikah



Penambahbaikan

- Anak-anak semakin faham cara berwuduk dan solat yang sebenarnya.
- Anak-anak tahu membezakan antara wajib dan sunat dalam ibadat solat
- Program sepatutnya diadakan semingu, tetapi diringkaskan satu hari, perlu ada lawatan susulan seterusnya
- Perhubungan berterusan dengan wakil anak RNH melalui We chat.
- Bukan sekadar anak-anak yang bertanya soalan, pekerja RNH juga bertanyakan soalan.
-Pengisian rohani sangat penting dan sangat diperlukan oleh anak-anak RNH kerana selama ini perkumpulan yang datang hanya membersihkan rumah dan aktiviti ramah mesra.


Kesimpulan

 -Respon anak-anak sangat baik terutama bagi anak-anak lebih berusia seperti banyak bertanya soalan dan sebagainya.
- Memberikan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan dan anak-anak yatim RNH
- Memberikan satu pengalaman yang berharga buat setiap ahli kumpulan
-Mewujudkan perhubungan berterusan dengan wakil RNH
-Mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah berusaha mendapatkan dana.
- Cuba melakukan lawatan susulan selepas program




Sunday, 18 May 2014

Minit Mesyuarat

Dibawah ini adalah minit mesyuarat yang telah kami lakukan sebelum program bermula. Minit ini telah di edit dan dikecilkan saiznya agar dapat dimuatkan dalam blog ini berupa imej yang mudah dan ringkas. Proses pengeditan menggunakan aplikasi Download dan Printscreen dari telefon bimbit sahaja. Telah diusahakan menggunakan aplikasi PicCollage dan S Note untuk menggabungkan kesemua Printscreen, tapi hasilnya tidak cantik dan sukar untuk dibaca.


                                Minit mesyuarat kali pertama pada hari Sabtu 19 April 2014 jam 5.00-6.00 petang



Minit Mesyuarat kali kedua diadakan pada hari Rabu 23 april 2014 jam 10.00-11.00 pagi.


Minit mesyuarat kali ke 3 telah diadakan pada hari Sabtu 26 april 2014 jam 12.00-12.30 tengahari







Saturday, 3 May 2014

Video rakaman amali solat dalam Program 'Tautan Mahabbah' subjek PD2 UKM di Youtube.

Hari Program Berlangsung di Rumah Anak Yatim Nur Hikmah

Alhamdulillah, hari ini 3 Mei 2014 seperti yang telah dijanjikan, kami telah membuat perancangan yang begitu rapi sejak bermula pembentukan kumpulan sehinggalah tiba tarikh yang telah kami tetapkan. Dimana akan berkumpul dan jam berapa akan bertolak semua telah  kami atur bersama hanya melalui komunikasi di 'Group WhatsApp' sahaja.


Perhubungan komunikasi hanya berlangsung di laman 'WhatsApp' kerana jarak yang jauh memisahkan kami. Kami telah berjanji berkumpul di Masjid UKM sebelum bertolak ke Rumah Nur Hikmah.


Awal pertemuan…Kami berkumpul di laman masjid UKM pada jam 8.30 pagi 


dan Pengarah Program memberikan taklimat ringkas.


AJK Nur Atikah membacakan doa selamat sebelum kami bertolak ke Rumah Nur Hikmah, Kajang.  Kami bertolak pada jam 9.10 am dengan menaiki kereta masing-masing kerana setiap kereta telah penuh dengan pelbagai muatan untuk dibawa kesana.


Tiba di Rumah Nur Hikmah pada jam 9.30 pagi seperti waktu yang dijanjikan dan anak-anak disana telah sedia menanti kehadiran kami. Sedikit taklimat telah diberikan oleh Pengarah Program Syahidah Najwa dan memperkenalkan ahli kumpulan kami.



Program bermula pada jam 10.00 pagi. Setiap fasilitator memperkenalkan diri masing-masing dan memanggil anak-anak yang tertulis dalam kumpulan masing-masing.


Pemberian Cenderamata kepada isteri Pengetua sebelum Pengetua dan isteri bertolak meninggalkan majlis kami kerana beliau mempunyai acara lain di tempat lain.


Pengetua Tn.Hj othman bin Hj. Ahmad bersiap sedia untuk menghadiri satu majlis lain.


fail mula diagih-agihkan….berebut-rebut nak fail…


masing-masing nak fail baru…


Setiap pelajar diberi fail masing-masing.  Mereka kelihatan sangat gembira mendapat fail baru dan tidak sabar-sabar mahu membuka dan melihat isinya.


Pembelajaran bermula…anak anak bersama fasilitator masing-masing…






 Sesi pembelajaran dimulakan dengan teori wuduk, kemudian amali.  Seterusnya pembelajaran mengenai ibadah solat, teori dan amali serta perkara yang membatalkan wuduk dan sebagainya.


Amali wuduk dilakukan di hadapan rumah Nur Hikmah.


Pada jam 11.00 berhenti rehat sebentar dan bungkusan kudapan diberikan kepada anak-anak tersebut.


Program diteruskan lagi, acara kemuncak amali solat subuh dilakukan beramai-ramai dibawah pemantauan fasilitator.

lihat link di Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=sdIEDyTYD44

Mereka melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan kebanyakan daripada mereka boleh membaca al-Fatehah dan bacaan lain dalam solat, cuma perlu diperbetulkan beberapa perkara...


Sebahagian yang masih tidak melakukan rukun solat yang betul, diperbetulkan dan diterangkan cara yang betul.


Selesai amali solat, fasilitator mengadakan sesi soal jawab dan menerangkan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan dalam solat.


Program berakhir pada jam 12.15  tengahari dan makanan segera KFC tiba pada jam 12.30 tengahari.


Anak-anak menikmati KFC seperti yang telah dijanjikan. 


KFC telah diambli oleh Bendahari Pn. Azlina dan Pn. Norhazlina dari tesco Saujana Impian.


Nasi Arab yang dijanjikan juga telah sampai pada jam 12.30 tengahari dan diserahkan kepada rumah Nur Hikmah untuk diuruskan kerana anak-anak masih lagi menikmati KFC.


Ahli kumpulan Tautan mahabbah UKM bersama Pengurus rumah Nur Hikmah Pn. Fatimah Baba.


Wakil setiap kumpulan menerima hamper bagi kumpulan masing-masing


Menyampaikan hamper kepada wakil anak-anak Nur Hikmah


Pengarah Program Najwa Syahidah memberikan cenderamata UKM kepada Pengurus Rumah Anak Yatim Nur Hikmah.


Barangan yang telah kami sumbangkan kepada Rumah anak Yatim Nur Hikmah


Bergambar kenangan sebelum pulang…


Alhamdulillah…Program berakhir sekitar jam 1.00 tengahari, bersiap sedia untuk pulang kerumah masing-masing. Walaupun kami semua kepenatan, tetapi terpancar kegembiraan dan kelegaan yang teramat sangat diwajah masing-masing.  Selepas ini masing-masing bersiap sedia untuk menyiapkan laporan untuk journal refleksi 1 pula..