Setelah perbincangan melalui group Whatssap, kami memutuskan untuk membuat lawatan kali pertama sebelum projek sebenar berlangsung. Kata sepakat telah dipersetujui bersama pada 21/4/14 bahawa kami akan berkumpul di Masjid UKM pada 22/4/14 hari selasa jam 10.45 pagi dan akan bertolak dari UKM Bangi ke Kajang dengan menaiki sebuah kenderaan sahaja iaitu Toyota Estima yang boleh memuatkan 7 penumpang.
Pengarah Projek Syahidah Najwa sedang menerangkan sesuatu berkenaan tentatif program dan beberapa perkara lain yang bersangkutan dengannya.
Siap sedia untuk bertolak ke Rumah Anak Yatim Nur Hikmah. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit dari UKM ke tempat yang ditujui. Alhamdulillah perjalanan lancar dan mudah.
Tiba di rumah Anak Yatim Nur Hikmah atau nama penuhnya 'Persatuan Kebajikan Nur Hikmah Malaysia (0340-07-SEL) yang beralamat di Lot 1152, JalAN 18, TAMAN MESRA, 4300 Kajang Selangor.
Diruang hadapan rumah kelihatan beberapa bekalan makanan seperti beras, tepung dan gula serta beberapa keperluan asas sumbangan dari orang ramai yang perihatin. Keadaan sekitar agak sempit dan kurang terurus. Mungkin kerana terlalu ramai anak-anak yatim ditempat kan disini. Kami difahamkan disini terdapat sekitar 40 orang anak-anak yatim dan anak-anak yang ditinggalkan oleh ibubapa yang menghilangkan diri begitu sahaja.
Perbincangan dengan wakil yang menyambut ketibaan kami, Puan Fatimah. Beliau adalah yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal anak-anak di rumah ini.
Perbincangan diteruskan dengan menetapkan tarikh dan program yang akan dijalankan dan beberapa perkara yang berkaitan dengan hari perlaksanaan projek sebenar pada 3 Mei 2013 bersamaan hari Sabtu. Disamping itu kami berkesempatan membuat sedikit temubual mengenai latar belakang penubuhan rumah anak yatim tersebut, kos perbelanjaan, tenaga pekerja dan beberapa lagi perkara yang berkaitan dengannya.
Selesai sesi perbincangan dan suaikenal, kami memberikan sedikit cenderahati berupa hamper buah-buahan kepada Yang Dipertua rumah anak Yatim Nur Hikmah iaitu En. Othman bin Hj. Ahmad. Untuk makluman semua, kebetulan pada waktu kedatangan kami ini beliau agak kurang sihat dan tidak mampu berdiri dengan sempurna. didoakan semoga beliau sembuh dengan segera...
No comments:
Post a Comment