Alhamdulillah, kami telah mendapat sumbangan lagi berupa makanan tengahari sempena 'Program Tautan Mahabbah' bersama anak-anak yatim Rumah Nur Hikmah yang akan berlangsung pada 3 Mei 2014 nanti. Sumbangan ikhlas ini datangnya daripada seorang kakitangan akademik di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sumbangan yang dihulurkan berupa makanan Arab dari salah sebuah restoran makanan Arab di Seri kembangan, iaitu dari Restoran Half Moon, Seri kembangan, Selangor.
Tempahan boleh dilakukan dengan hanya mendail nombor telefon yang tertera di kad perniagaan diatas, jika anda adalah pelanggan tetap yang sering membuat tempahan. Sekiranya pelanggan baharu, sebaiknya terus sahaja kesana untuk membuat tempahan.
Apa yang menarik di restoran ini terdapat pelbagai makanan Arab berasal dari Yaman, tukang masak dibawa khas dari Yaman dan rasa kearabannya masih kekal disana. Di restoran ini, harga makanan yang ditawarkan tidaklah setinggi masakan Arab dari tempat lain.
Alhamdulillah, tempahan telah dilakukan pada 30/4/14 pada jam 8.40 malam hanya melalui talian telefon sahaja kerana penyumbang adalah pelanggan tetap disana dan sering membuat tempahan untuk majlis-majlis anjuran Jabatan ditempat beliau bekerja.
Tempahan dibuat sebanyak 30 bungkus 'Nasi Kabsah' Ayam dan dan 25 bungkus 'Nasi Kabsah' Kambing. Jumlah keseluruhannya sebanyak 55 bungkus, termasuk untuk pekerja rumah anak yatim dan ahli kumpulan kami yang akan menjalankan program ini.
Tempahan makanan yang ditempah akan diambil sendiri oleh penyumbang makanan di Restoran tersebut pada jam 11.30 pagi dan seterusnya beliau akan menghantar sendiri ke Rumah Anak Yatim Nur Hikmah, pada hari program tersebut dijalankan dan dijangka sampai di sana pada jam 12.00 tengahari, InsyaAllah.
Kepada sesiapa yang berniat untuk menjamu selera dengan harga yang berpatutan dan merasai rasa sebenar makanan yang masih kekal dengan resepi tradisional Arab Yaman, bolehlah pergi kesana berdasarkan peta dan 'kad perniagaan yang telah kami paparkan di blog ini. Boleh juga untuk membuat tempahan untuk majlis amal yang lainnya.
No comments:
Post a Comment