Rumah jagaan orang tua Al-Ikhlas, Kg. Pulau Meranti
Lot 3530, Jalan Besar, batu 18Kampung pulau Meranti,
47120
Puchong, Selangor
Tujuan lawatan ini adalah bagi memenuhi tugasan bagi subjek HHC sem 4 UKM. Kumpulan kami seramai 6 orang telah bersiap sedia dari awal bagi melaksanakan tugasan ini. tugasan kali ini agak santai dan lebih kepada memupuk hubungan baik dan mesra bersama warga tua di sana.
Pensyarah kami kali ini ialah Puan Rabitah Binti Mohamad Ghazali. Manakala ahli kumpulan kami yang masih menggunakan nama kumpulan yang sama terdiri daripada Rohaya Abd Latiff sebagai Pengarah Program, Salamah Sahudin, Syahidah Najwa, Nur Atikah Abu Samah, Siti Maryam Adam dan dan Siti Zulaizah.
Program kami berdasarkan tentif program yang telah kami rancang bersama bermula dari jam 9 pagi sehingga waktu zohor sahaja.
Tentatif Program
Tarikh
26 April 2015 (Ahad)
Masa
9.00am: Berkumpul di
Masjid UKM Bangi
9.30am: Sesi Taklimat
ahli oleh Pengarah Program
9.45am: Bacaan doa sselamat
sebelum bertolak
10.00am: Bertolak ke Rumah
Orang Tua al-Ikhlas
10.30am: Tiba di Rumah
Orang Tua al-Ikhlas
10.45am: Majlis suai kenal
bersama Puan Muji- Majlis Ringkas
11.00am: Majlis beramah
mesra bersama penghuni
12.30am: Sesi soal jawab
bersama Puan Muji
1.00pm: Sesi Penyerahan
wang kutipan ahli untuk rumah al-Ikhlas
1.30pm: Bersurai
kami berkumpul seawal jam 9.00 pagi diperkarangan Masji UKM
Berkumpul di perkarangan masjid UKM
sesi taklimat oleh Pengarah Program Pn. rohaya
Bacaan doa selamat oleh pn. Siti Zulaizah sebelum memulakan perjalanan
Tiba dirumah orang tua al-Ikhlas, sebuah masjid lama wakaf dari penduduk tempatan. Mereka ini pada mulanya dihantar oleh waris ke hospital untuk menerima
rawatan. Tetapi setelah keluar daripada hospital, waris tidak dapat dihubungi.
Dihadapan rumah orang tua al-Ikhlas, Puchong
Bertemu Puan Muji, Pengurus Rumah Orang Tua al-Ikhlas. Puan Muji yg pernah bertugas sebagai ketua jururawat di Hospital Kuala Lumpur pada masa tu merasa sangat belas dan bertanggung jawab, lalu beliau telah membawa pulang kerumahnya. Semenjak daripada itu semakin ramai pesakit yang tidak diambil oleh waris dibawa pulang kerumah beliau. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang hanya tinggal disebuah apartment bersama tiga orang lagi anaknya. Bermula dari situlah beliau menjadikan aparmentnya sebagai wad menjaga orang-orang tua yang lansung tidak mempunyai pertalian darah dengan beliau. Semakin hari bilangan warga tua yang menghuni rumah beliau semakin ramai sehingga ruang yang kecil tidak lagi mampu menanggung mereka.
Oleh kerana usaha baik dan sikap keperihatinan yang ditunjukkan oleh Puan Muji, usaha beliau telah mendapat perhatian ramai dan beliau telah dibenarkan menempatkan warga tua tersebut di satu kawasan tanah wakaf yang mempunyai bangunan masjid lama. Bangunan tersebut masih kukuh dan dijadikan tempat tinggal baru bagi semua penghuni rumah al-Ikhlas tinggal sehingga kini.
Dalam kawasan rumah orang tua al-Ikhlas, sesi ramah mesra bermula.
menurut Puan Muji, mereka dihantar kesini setelah selesai rawatan di hospital tetapi tidak ada waris yang datang menjemput mereka. Ada juga yang dihantar sendiri oleh anak-anak dan ahli waris. Ada yang dibiayai penjagaannya disini dan ada yang tidak.
pakaian penghuni disini tersusun rapi
stok makanan, ubat-ubatan, makanan tambahan untuk kesihatan dan diaper bagi keperluan penghuni disini hasil sumbangan orang ramai. Pusat jagaan ini sangat memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung jumlah penghuni yang ramai melebihi 50 orang kesemuanya. semoga Allah memberikan ganjaran besar kepada penyumbang yang bermurah hati menyumbangkan barangan dan keperluan harian ini.
salah seorang penghuni yang sentiasa bertanya kami dimana anak-anaknya, sungguh menyayat hati. soalan yang diajukan kepada kami berulangkali, "Mengapa tak bawa anak dia datang sekali...". Kelihatan dia sangat merindui anak-anaknya. Setelah dipujuk oleh syahidah najwa barulah dia berdiam diri dan baring sambil menunggu anaknya yang tidak pernah kunjung tiba.
Pengarah Program Pn. rohaya dalam sesi ramah mera bersama penghuni disini.
Pn. rohaya dan Pn. Salamah bertanya khabar...
Siti Maryam bersama seorang warga tua yang terlantar...
dalam ruangan penghuni lelaki
Berkerusi roda kerana gout dan lumpuh
menikmati makanan tengahari bersama di katil masing-masing
pakcik ini sangat ramah melayani kami dan berbual mesra walaupun waktu makan..
Bersurai dan Muhasabah diri sendiri, keinsafan timbul didalam hati. Pelbagai perasaan menyelinap dalam hati kami, sedih, hiba, sayu dan sebagainya. bagi yang masih mempunyai ibubapa, layanlah mereka sebaiknya. ambil khabar dan ambil peduli tentang mereka. barangkali ia satau perkara yang kita rasa ia menyusahkan, tetapi percayalah hikmahnya sangat banyak. Ganjarannya melimpah ruah selagi kita masih hidup du muka bumi ini. Sayangilah meereka sebagaimana mereka telah dan pernah menyayangi kita semasa masih kecil. mereka sangat memerlukan belaian kasih sayang dan rindukan anak-anak dan ahli keluarga yang lain. jika ada masa terluang, ziarahlah mereka kerana mereka memerlukan teman berbual dan beramah mesra.
The Best Slots | Casino Roll
ReplyDeleteThe best slots at Casino Roll. If 바카라 사이트 you love 바카라 사이트 table games, to play blackjack, you have to herzamanindir bet 출장마사지 twice for the dealer to win. 1xbet 먹튀 The dealer must