Thursday, 1 May 2014

Persediaan Fail dan Alatan Pengajaran

Pada 1 Mei 2014 sempena cuti hari Buruh,  pada hari Khamis sekitar jam 11.00 pagi, Bendahari Program Pn. Azlina ditemani oleh suami dan anak-anaknya telah pergi ke Pasaraya Tong Hup di Bandar Melaka, Melaka, untuk membeli peralatan seperti fail dan alat tulis untuk kegunaan hari program nanti. 


Kebetulan beliau tinggal di Melaka dan kesempatan sempena cuti sehari ini digunakan untuk menyediakan peralatan pengajaran, sementara ahli yang lain pula sibuk dengan persedian tugasan lain termasuk menyiapkan tentatif program, persediaan cenderamata, masih mengumpul dana dan mengambil sumbangan dari pihak lain serta mengendalikan blog untuk memaparkan berita terkini. 


Deretan barangan yang disediakan disana dan pihak kami hanya memerlukan beberapa peralatan yang bersesuaian untuk anak-anak tersebut agar dapat menggunakannya selepas program..


Sebelum membuat keputusan, setiap peralatan yang hendak dipilih telah ditunjukkan kepada kami semua melalui 'group whatsssap' terlebih dahulu.


Pilih lagi...yang bunga-bunga pulak...tapi tak semua dalam program tu perempuan...lagipun fail berbutang muatannya terhad, kadangkala apabila muatan agak banyak tidak boleh ditutup dengan sempurna.


Masing-masing memberi komen yang mana sesuai dan tidak sesuai…macam-macam pandangan..


Mudah sungguh hidup pada zaman sekarang ni, walaupun jarak yang jauh tetapi tidak pernah menjadi masalah komunikasi antara kumpulan kami.


Hasil perbincangan….inilah pilihan yang terbaik..


Yang ini rasa sesuai, boleh tahan lebih lama dan boleh digunakan selepas program habis berbanding fail kertas yang akan lusuh sebaik digunakan jika tidak dijaga dengan betul.


Selesai sudah buat pilihan fail….sekarang nak pilih buku pulak…macam-macam jenis buku ada…biasalah orang perempuan yang pilih…sinonim dengan warna pink…


Buku yang akan digunakan oleh anak-anak yatim dalam program.  Pada mulanya kami bercadang untuk meletakkan kepingan kertas sahaja seperti program-program yang lain, tetapi sebaliknya kami memilih untuk memberi buku tulis seperti ini. Kami cuba buat pilihan yang terbaik agar mereka rasa dihargai.


 Apabila pilihan telah dipersetujui bersama oleh ahli kumpulan, fail dikumpulkan dan suami Pn. Azlina membantu mengangkat fail-fail tersebut sebanyak 40 buah kesemuanya ke kaunter pembayaran...


 Di kaunter pembayaran...."wah! banyaknya..." Penuh atas meja kaunter tu, termasuk peralatan alat tulis dan lain-lain lagi. 


Tiba di rumah, Pn. azlina bersama pembantu-pembantunya sedang memasukkan peralatan kedalam fail...comelnya pembantu-pembantu tu...


 Label yang telah disiapkan terlebih awal dimasukkan ke dalam fail...nampak cantik berwarna-warni. Apabila guru diamanahkan dengan menyediakan perlatan pengajaran, semua kerja kemas tersusun.


Telah siap tersusun diatas meja, yang tinggal cuma masuk ke dalam kereta dan dibawa pada hari Sabtu 3 Mei 2014. Berwarna-warna agar tampak lebih ceria...maklumlah anak-anak sukakan warna-warni. Semoga mereka gembira pada hari program tersebut dan seronok apabila menerima fail masing-masing..


Alhamdulillah, inilah fail yang telah disediakan untuk digunakan pada hari program dijalankan, semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Didalamnya lengkap dengan alat tulis seperti pensil. pen, pemadam, pengasah pensil dan lain-lain lagi. Pembelian barangan adalah dari wang sumbangan orang ramai yang bermurah hati memberi derma. Syukur Alhamdulillah...

Terima Kasih dari pihak kami kepada ahli keluarga Pn. azlina yang turut sama membantu membuat persiapan untuk kelancaran majlis kami nanti. Semoga Allah membalas semua kebaikan tersebut dengan ganjaran yang jauh lebih besar.

No comments:

Post a Comment