Tentatif program juga disiapkan disaat akhir kerana ada beberapa perubahan yang perlu dilakukan. segala persiapan akhir ini disediakan pada tarikh 2 Mei 2014 bersamaan hari Jumaat sehari sebelum program bermula.
Majlis akan diadakan diperkarangan Rumah Nur Hikmah kerana surau berhampiran yang kami hajatkan untuk mengadakan program ini telah ditempah terlebih awal oleh pihak lain. Tentatif program telah di sediakan oleh Pn. Norhazlina.
Manakala AJK bahagian komunikasi dan makanan, Pn. Salmah pula menyediakan makanan untuk kudapan waktu rehat berupa minuman air kotak dan mineral, roti, choklat, gula-gula dan beberapa lagi makanan ringan lain yang disukai oleh kanak-kanak.
Segala keperluan dibeli di Pusat Borong Barangan Runcit di kawasan Perindustrian Balakong.
Sebaik tiba dirumah, barangan yang telah dibeli dibungkus oleh seorang pembantu setia, Arief Shamsuddin yang kebetulan sedang balik bercuti dari asrama…terima kasih banyak ye Arief..
Hampir selesai membungkus, mujur ada seorang pembantu yang rajin dan setia…
Untuk cenderamata kenangan sempena program pula, Pn. Salmah telah membeli dari PUSANIKA UKM dan sebahagian darinya dari Kedai Buku UKM yang terletak di bangunan PUSANIKA UKM.
Tali 'name tag' juga dibeli di Kedai cenderamata juga di bangunan Pusanika UKM.
Manakala Timb. Pengarah Program Pn. Rohaya berjaya mendapatkan sumbangan bahan keperluan harian berupa serbuk milo dan telur serta beberapa barangan lain.
Hamper sebanyak 8 bungkus pula telah diperolehi oleh Pn. Norhazlina hasil sumbangan dari orang ramai. Hamper adalah untuk Rumah Nur Hikmah dan setiap kumpulan fasilitator.
Penyapu dan tikar sumbangan Timb. Pengarah Pn. Rohaya dan AJK Nur Atikah
Hasil usaha dari Pn. Rohaya dan Nur Atikah, Kain batik untuk pembantu Rumah Nur Hikmah dan kain pelekat untuk pemandu van Rumah Nur Hikmah hasil kutipan dari orang ramai.
Mereka berdua dapat mengumpul beberapa keperluan asas dan harian bagi keperluan Rumah Nur Hikmah. Alhamdulillah. setakat ini mereka berdua dapat mengumpul wang sumbangan sebanyak RM650.
Ada juga sumbangan berupa sabun basuh dan pewangi pakaian dari Pn. Norhazlina merangkap AJK cenderamata. Ada lagi sumbangan lain daripada AJK Siti Maryam, tetapi gambar hanya dapat dimuatkan pada hari esok…
Alhamdulillah dengan sumbangan dari pelbagai pihak diharapkan agar majlis kami dapat dijalankan dengan sempurna sambil berbakti kepada pihak yang memerlukan. Semoga usaha kami ini mendapat keredhaan Allah.
No comments:
Post a Comment