Sunday, 18 May 2014

Minit Mesyuarat

Dibawah ini adalah minit mesyuarat yang telah kami lakukan sebelum program bermula. Minit ini telah di edit dan dikecilkan saiznya agar dapat dimuatkan dalam blog ini berupa imej yang mudah dan ringkas. Proses pengeditan menggunakan aplikasi Download dan Printscreen dari telefon bimbit sahaja. Telah diusahakan menggunakan aplikasi PicCollage dan S Note untuk menggabungkan kesemua Printscreen, tapi hasilnya tidak cantik dan sukar untuk dibaca.


                                Minit mesyuarat kali pertama pada hari Sabtu 19 April 2014 jam 5.00-6.00 petang



Minit Mesyuarat kali kedua diadakan pada hari Rabu 23 april 2014 jam 10.00-11.00 pagi.


Minit mesyuarat kali ke 3 telah diadakan pada hari Sabtu 26 april 2014 jam 12.00-12.30 tengahari







Saturday, 3 May 2014

Video rakaman amali solat dalam Program 'Tautan Mahabbah' subjek PD2 UKM di Youtube.

Hari Program Berlangsung di Rumah Anak Yatim Nur Hikmah

Alhamdulillah, hari ini 3 Mei 2014 seperti yang telah dijanjikan, kami telah membuat perancangan yang begitu rapi sejak bermula pembentukan kumpulan sehinggalah tiba tarikh yang telah kami tetapkan. Dimana akan berkumpul dan jam berapa akan bertolak semua telah  kami atur bersama hanya melalui komunikasi di 'Group WhatsApp' sahaja.


Perhubungan komunikasi hanya berlangsung di laman 'WhatsApp' kerana jarak yang jauh memisahkan kami. Kami telah berjanji berkumpul di Masjid UKM sebelum bertolak ke Rumah Nur Hikmah.


Awal pertemuan…Kami berkumpul di laman masjid UKM pada jam 8.30 pagi 


dan Pengarah Program memberikan taklimat ringkas.


AJK Nur Atikah membacakan doa selamat sebelum kami bertolak ke Rumah Nur Hikmah, Kajang.  Kami bertolak pada jam 9.10 am dengan menaiki kereta masing-masing kerana setiap kereta telah penuh dengan pelbagai muatan untuk dibawa kesana.


Tiba di Rumah Nur Hikmah pada jam 9.30 pagi seperti waktu yang dijanjikan dan anak-anak disana telah sedia menanti kehadiran kami. Sedikit taklimat telah diberikan oleh Pengarah Program Syahidah Najwa dan memperkenalkan ahli kumpulan kami.



Program bermula pada jam 10.00 pagi. Setiap fasilitator memperkenalkan diri masing-masing dan memanggil anak-anak yang tertulis dalam kumpulan masing-masing.


Pemberian Cenderamata kepada isteri Pengetua sebelum Pengetua dan isteri bertolak meninggalkan majlis kami kerana beliau mempunyai acara lain di tempat lain.


Pengetua Tn.Hj othman bin Hj. Ahmad bersiap sedia untuk menghadiri satu majlis lain.


fail mula diagih-agihkan….berebut-rebut nak fail…


masing-masing nak fail baru…


Setiap pelajar diberi fail masing-masing.  Mereka kelihatan sangat gembira mendapat fail baru dan tidak sabar-sabar mahu membuka dan melihat isinya.


Pembelajaran bermula…anak anak bersama fasilitator masing-masing…






 Sesi pembelajaran dimulakan dengan teori wuduk, kemudian amali.  Seterusnya pembelajaran mengenai ibadah solat, teori dan amali serta perkara yang membatalkan wuduk dan sebagainya.


Amali wuduk dilakukan di hadapan rumah Nur Hikmah.


Pada jam 11.00 berhenti rehat sebentar dan bungkusan kudapan diberikan kepada anak-anak tersebut.


Program diteruskan lagi, acara kemuncak amali solat subuh dilakukan beramai-ramai dibawah pemantauan fasilitator.

lihat link di Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=sdIEDyTYD44

Mereka melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan kebanyakan daripada mereka boleh membaca al-Fatehah dan bacaan lain dalam solat, cuma perlu diperbetulkan beberapa perkara...


Sebahagian yang masih tidak melakukan rukun solat yang betul, diperbetulkan dan diterangkan cara yang betul.


Selesai amali solat, fasilitator mengadakan sesi soal jawab dan menerangkan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan dalam solat.


Program berakhir pada jam 12.15  tengahari dan makanan segera KFC tiba pada jam 12.30 tengahari.


Anak-anak menikmati KFC seperti yang telah dijanjikan. 


KFC telah diambli oleh Bendahari Pn. Azlina dan Pn. Norhazlina dari tesco Saujana Impian.


Nasi Arab yang dijanjikan juga telah sampai pada jam 12.30 tengahari dan diserahkan kepada rumah Nur Hikmah untuk diuruskan kerana anak-anak masih lagi menikmati KFC.


Ahli kumpulan Tautan mahabbah UKM bersama Pengurus rumah Nur Hikmah Pn. Fatimah Baba.


Wakil setiap kumpulan menerima hamper bagi kumpulan masing-masing


Menyampaikan hamper kepada wakil anak-anak Nur Hikmah


Pengarah Program Najwa Syahidah memberikan cenderamata UKM kepada Pengurus Rumah Anak Yatim Nur Hikmah.


Barangan yang telah kami sumbangkan kepada Rumah anak Yatim Nur Hikmah


Bergambar kenangan sebelum pulang…


Alhamdulillah…Program berakhir sekitar jam 1.00 tengahari, bersiap sedia untuk pulang kerumah masing-masing. Walaupun kami semua kepenatan, tetapi terpancar kegembiraan dan kelegaan yang teramat sangat diwajah masing-masing.  Selepas ini masing-masing bersiap sedia untuk menyiapkan laporan untuk journal refleksi 1 pula..








Friday, 2 May 2014

Persiapan Akhir sebelum Program

Alhamdulillah, semakin banyak bantuan yang kami terima di saat akhir dan komitmen yang kuat dikalangan ahli kumpulan juga berjaya melengkapkan keperluan kami sempena hari program nanti.
Tentatif program juga disiapkan disaat akhir kerana ada beberapa perubahan yang perlu dilakukan. segala persiapan akhir ini disediakan pada tarikh 2 Mei 2014 bersamaan hari Jumaat sehari sebelum program bermula.


Majlis akan diadakan diperkarangan Rumah Nur Hikmah kerana surau berhampiran yang kami hajatkan untuk mengadakan program ini telah ditempah terlebih awal oleh pihak lain. Tentatif program telah di sediakan oleh  Pn. Norhazlina. 


Manakala AJK bahagian komunikasi dan makanan, Pn. Salmah pula menyediakan makanan untuk kudapan waktu rehat berupa minuman air kotak dan mineral, roti, choklat, gula-gula dan beberapa lagi makanan ringan lain yang disukai oleh kanak-kanak.
Segala keperluan dibeli di Pusat Borong Barangan Runcit di kawasan Perindustrian Balakong.  


  Sebaik tiba dirumah, barangan yang telah dibeli  dibungkus oleh seorang pembantu setia, Arief Shamsuddin yang kebetulan sedang balik bercuti dari asrama…terima kasih banyak  ye Arief..


Hampir selesai membungkus, mujur ada seorang pembantu yang rajin dan setia…


Untuk cenderamata kenangan sempena program pula, Pn. Salmah telah membeli dari PUSANIKA UKM dan sebahagian darinya dari Kedai Buku UKM yang terletak di bangunan PUSANIKA UKM.


Tali 'name tag' juga dibeli di Kedai cenderamata juga di bangunan Pusanika UKM. 


Manakala Timb. Pengarah Program Pn. Rohaya berjaya mendapatkan sumbangan bahan keperluan harian berupa serbuk milo dan telur serta beberapa barangan lain. 
Hamper sebanyak 8 bungkus pula telah diperolehi oleh Pn. Norhazlina hasil sumbangan dari orang ramai. Hamper adalah untuk Rumah Nur Hikmah dan setiap kumpulan fasilitator.

      

Penyapu dan tikar sumbangan Timb. Pengarah Pn. Rohaya dan AJK Nur Atikah


Hasil usaha dari Pn. Rohaya dan Nur Atikah, Kain batik untuk pembantu Rumah Nur Hikmah dan kain pelekat untuk pemandu van Rumah Nur Hikmah hasil kutipan dari orang ramai. 


Mereka berdua dapat mengumpul beberapa keperluan asas dan harian bagi keperluan Rumah Nur Hikmah. Alhamdulillah.  setakat ini mereka berdua dapat mengumpul wang sumbangan sebanyak RM650.


Ada juga sumbangan berupa sabun basuh dan pewangi pakaian dari Pn. Norhazlina merangkap AJK cenderamata. Ada lagi sumbangan lain daripada AJK Siti Maryam, tetapi gambar hanya dapat dimuatkan pada hari esok…

Alhamdulillah dengan sumbangan dari pelbagai pihak diharapkan agar majlis kami dapat dijalankan dengan sempurna sambil berbakti kepada pihak yang memerlukan.  Semoga usaha kami ini mendapat keredhaan Allah.

Thursday, 1 May 2014

Persediaan Fail dan Alatan Pengajaran

Pada 1 Mei 2014 sempena cuti hari Buruh,  pada hari Khamis sekitar jam 11.00 pagi, Bendahari Program Pn. Azlina ditemani oleh suami dan anak-anaknya telah pergi ke Pasaraya Tong Hup di Bandar Melaka, Melaka, untuk membeli peralatan seperti fail dan alat tulis untuk kegunaan hari program nanti. 


Kebetulan beliau tinggal di Melaka dan kesempatan sempena cuti sehari ini digunakan untuk menyediakan peralatan pengajaran, sementara ahli yang lain pula sibuk dengan persedian tugasan lain termasuk menyiapkan tentatif program, persediaan cenderamata, masih mengumpul dana dan mengambil sumbangan dari pihak lain serta mengendalikan blog untuk memaparkan berita terkini. 


Deretan barangan yang disediakan disana dan pihak kami hanya memerlukan beberapa peralatan yang bersesuaian untuk anak-anak tersebut agar dapat menggunakannya selepas program..


Sebelum membuat keputusan, setiap peralatan yang hendak dipilih telah ditunjukkan kepada kami semua melalui 'group whatsssap' terlebih dahulu.


Pilih lagi...yang bunga-bunga pulak...tapi tak semua dalam program tu perempuan...lagipun fail berbutang muatannya terhad, kadangkala apabila muatan agak banyak tidak boleh ditutup dengan sempurna.


Masing-masing memberi komen yang mana sesuai dan tidak sesuai…macam-macam pandangan..


Mudah sungguh hidup pada zaman sekarang ni, walaupun jarak yang jauh tetapi tidak pernah menjadi masalah komunikasi antara kumpulan kami.


Hasil perbincangan….inilah pilihan yang terbaik..


Yang ini rasa sesuai, boleh tahan lebih lama dan boleh digunakan selepas program habis berbanding fail kertas yang akan lusuh sebaik digunakan jika tidak dijaga dengan betul.


Selesai sudah buat pilihan fail….sekarang nak pilih buku pulak…macam-macam jenis buku ada…biasalah orang perempuan yang pilih…sinonim dengan warna pink…


Buku yang akan digunakan oleh anak-anak yatim dalam program.  Pada mulanya kami bercadang untuk meletakkan kepingan kertas sahaja seperti program-program yang lain, tetapi sebaliknya kami memilih untuk memberi buku tulis seperti ini. Kami cuba buat pilihan yang terbaik agar mereka rasa dihargai.


 Apabila pilihan telah dipersetujui bersama oleh ahli kumpulan, fail dikumpulkan dan suami Pn. Azlina membantu mengangkat fail-fail tersebut sebanyak 40 buah kesemuanya ke kaunter pembayaran...


 Di kaunter pembayaran...."wah! banyaknya..." Penuh atas meja kaunter tu, termasuk peralatan alat tulis dan lain-lain lagi. 


Tiba di rumah, Pn. azlina bersama pembantu-pembantunya sedang memasukkan peralatan kedalam fail...comelnya pembantu-pembantu tu...


 Label yang telah disiapkan terlebih awal dimasukkan ke dalam fail...nampak cantik berwarna-warni. Apabila guru diamanahkan dengan menyediakan perlatan pengajaran, semua kerja kemas tersusun.


Telah siap tersusun diatas meja, yang tinggal cuma masuk ke dalam kereta dan dibawa pada hari Sabtu 3 Mei 2014. Berwarna-warna agar tampak lebih ceria...maklumlah anak-anak sukakan warna-warni. Semoga mereka gembira pada hari program tersebut dan seronok apabila menerima fail masing-masing..


Alhamdulillah, inilah fail yang telah disediakan untuk digunakan pada hari program dijalankan, semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Didalamnya lengkap dengan alat tulis seperti pensil. pen, pemadam, pengasah pensil dan lain-lain lagi. Pembelian barangan adalah dari wang sumbangan orang ramai yang bermurah hati memberi derma. Syukur Alhamdulillah...

Terima Kasih dari pihak kami kepada ahli keluarga Pn. azlina yang turut sama membantu membuat persiapan untuk kelancaran majlis kami nanti. Semoga Allah membalas semua kebaikan tersebut dengan ganjaran yang jauh lebih besar.