Alhamdulillah, kami telah mendapat sumbangan lagi berupa makanan tengahari sempena 'Program Tautan Mahabbah' bersama anak-anak yatim Rumah Nur Hikmah yang akan berlangsung pada 3 Mei 2014 nanti. Sumbangan ikhlas ini datangnya daripada seorang kakitangan akademik di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sumbangan yang dihulurkan berupa makanan Arab dari salah sebuah restoran makanan Arab di Seri kembangan, iaitu dari Restoran Half Moon, Seri kembangan, Selangor.
Tempahan boleh dilakukan dengan hanya mendail nombor telefon yang tertera di kad perniagaan diatas, jika anda adalah pelanggan tetap yang sering membuat tempahan. Sekiranya pelanggan baharu, sebaiknya terus sahaja kesana untuk membuat tempahan.
Apa yang menarik di restoran ini terdapat pelbagai makanan Arab berasal dari Yaman, tukang masak dibawa khas dari Yaman dan rasa kearabannya masih kekal disana. Di restoran ini, harga makanan yang ditawarkan tidaklah setinggi masakan Arab dari tempat lain.
Alhamdulillah, tempahan telah dilakukan pada 30/4/14 pada jam 8.40 malam hanya melalui talian telefon sahaja kerana penyumbang adalah pelanggan tetap disana dan sering membuat tempahan untuk majlis-majlis anjuran Jabatan ditempat beliau bekerja.
Tempahan dibuat sebanyak 30 bungkus 'Nasi Kabsah' Ayam dan dan 25 bungkus 'Nasi Kabsah' Kambing. Jumlah keseluruhannya sebanyak 55 bungkus, termasuk untuk pekerja rumah anak yatim dan ahli kumpulan kami yang akan menjalankan program ini.
Tempahan makanan yang ditempah akan diambil sendiri oleh penyumbang makanan di Restoran tersebut pada jam 11.30 pagi dan seterusnya beliau akan menghantar sendiri ke Rumah Anak Yatim Nur Hikmah, pada hari program tersebut dijalankan dan dijangka sampai di sana pada jam 12.00 tengahari, InsyaAllah.
Kepada sesiapa yang berniat untuk menjamu selera dengan harga yang berpatutan dan merasai rasa sebenar makanan yang masih kekal dengan resepi tradisional Arab Yaman, bolehlah pergi kesana berdasarkan peta dan 'kad perniagaan yang telah kami paparkan di blog ini. Boleh juga untuk membuat tempahan untuk majlis amal yang lainnya.
Kami Pelajar Pbjj FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UKM Bangi, Berusaha menjayakan program bagi subjek Pembangunan Diri (PD2) UKM dan akan memuatkan segala berita perjalanan sebelum bermula dan berakhirnya program ini…program akan diadakan pada Sabtu 3 mei 2014. Ahli kumpulan adalah Syahidah Najwa, Rohaya, Azlina, Salmah, Siti Maryam, Nur Atikah dan Norhazlina....
Wednesday, 30 April 2014
'Name Tag' ahli kumpulan
Sebelum program bermula, pelbagai persiapan akhir yang telah dirancang sedang disediakan. Fail dan kelengkapan lain juga sedang disediakan. 'Name tag' ahli kumpulan juga telah direka oleh AJK bahagian komunikasi Pn. Salmah dengan menggunakan applikasi dari Samsung Galaxy Notes 3. Lebih jimat dan mudah tanpa perlu menempah daripada mana-mana kedai.
Inilah hasilnya sebelum digunting kepada saiz yang diperlukan dan seterusnya dimuatkan ke dalam tempat yang sepatutnya diletakkan sebagai tag nama ahli kumpulan kami. Tali dan sarung plastik akan disediakan oleh AJK Norhazlina menggunakan wang sumbangan yang berjaya dikumpul.
Inilah hasilnya sebelum digunting kepada saiz yang diperlukan dan seterusnya dimuatkan ke dalam tempat yang sepatutnya diletakkan sebagai tag nama ahli kumpulan kami. Tali dan sarung plastik akan disediakan oleh AJK Norhazlina menggunakan wang sumbangan yang berjaya dikumpul.
Sunday, 27 April 2014
Perbincangan Sesama Ahli Kali Ketiga
Sebelum program sebenar berlangsung pada 3 Mei 2014 ini, Kami mengambil kesempatan mengadakan pertemuan kali ketiga ini ketika waktu rehat dari Kuliah pertama pada hari Ahad 27/04/2014 pada jam 12.00 tengahari.
Dalam Dewan Kuliah 129BB di Bangunan Biologi UKM.
Pertemuan diadakan di Kafetaria Ungku Umar kampus UKM Bangi. Oleh kerana masa rehat tidak begitu panjang, kami mengambil kesempatan melakukan perbincangan sambil menikmati makan tengahari di Kafetaria tersebut. Perbincangan kali ini berkisar tentang menetapkan Facilitator bagi setiap kumpulan.
Juga turut membincangkan tajuk dan modul yang akan digunakan dalam program dan bentuk kuiz yang akan dikendalikan oleh setiap fasilitator.
Perbincangan juga berkisar mengenai bentuk cenderamata yang akan diberi kepada setiap ahli, fail program, dan hadiah bagi pemenang kuiz dan lain-lain lagi perkara yang berkaitan dengannya.
Senarai fasilitator dan ahli dibawah seliaan mereka nanti telah disiapkan oleh Timbalan Pengarah Program Pn. Rohaya.
Setelah kata sepakat dipersetujui bersama, pembahagian tugas telah jelas dan masing-masing akan membuat persediaan untuk melaksanakan program Tautan Mahabbah bersama anak-anak Yatim Nur Hikmah pada 3 Mei 2014. Doakan semoga program yang akan kami jayakan ini berjalan dengan baik dan sempurna.
Setelah kata sepakat dipersetujui bersama, pembahagian tugas telah jelas dan masing-masing akan membuat persediaan untuk melaksanakan program Tautan Mahabbah bersama anak-anak Yatim Nur Hikmah pada 3 Mei 2014. Doakan semoga program yang akan kami jayakan ini berjalan dengan baik dan sempurna.
Tempahan KFC untuk Program Tautan Mahabbah
Alhamdulillah, pihak kami telah mendapat sumbangan ikhlas dari seseorang yang sudi untuk membiayai makanan tambahan bagi menceriakan anak-anak Yatim ini. Sumbangan berbentuk kewangan bernilai RM650 daripada seorang hamba Allah untuk membeli makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).
Anak-anak memang teruja dengan kelainan makanan seperti ini disamping makanan asasi yang lain.
Bagi menguruskan tempahan bersempena hari program yang akan dilangsungkan, AJK yang terlibat iaitu Azlina dan Norhazlina telah pergi ke cawangan KFC di Tesko Saujana Impian, Kajang pada tarikh 26/04/14 jam 6.00 petang.
Bagi menguruskan tempahan bersempena hari program yang akan dilangsungkan, AJK yang terlibat iaitu Azlina dan Norhazlina telah pergi ke cawangan KFC di Tesko Saujana Impian, Kajang pada tarikh 26/04/14 jam 6.00 petang.
Tiba di Cawangan KFC bertempat di Bangunan TESCO Saujana Impian ,Kajang Selangor.
Menu yang disediakan di Kaunter hadapan KFC
Azlina dan Pengurus KFC sedang membincangkan sesuatu
Norhaslina juga terlibat dalam urusan penempahan KFC
Tempahan dicatat untuk mengesahkan tarikh dan masa untuk di ambil. Tempahan sebanyak 55 bungkus KFC telah dibuat dengan nilaian lebih kurang RM12 setiap bungkusan, disediakan sebanyak 55 bungkus termasuk untuk pekerja rumah anak yatim dan ahli kumpulan kami seramai 7 orang.
InsyaAllah tempahan akan diambil pada jam. 11.30 pada tarikh 3 Mei 2014. Terima Kasih banyak kepada pihak yang yang telah memberikan sumbangannya bagi menceriakan anak-anak yatim ini. Semoga Allah akan membalas segala kebaikannya.
Lawatan Kali Kedua Sebelum Program Bermula
Lawatan kali kedua sebelum program ini bermula telah dilakukan oleh Pengarah Program Shahidah Najwa dan Timbalannya Pn. Rohaya bersama salah sorang AJK yang terlibat iaitu Nur Atikah pada hari Sabtu bersamaan 26/04/14. Bertolak dari UKM Bangi pada jam 5.30 petang dan tiba disana hampir jam 6.00 petang.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menetapkan memastikan berapa ramai anak-anak yatim dari rumah tersebut yang akan menyertai program ini. Seterusnya akan membentuk kumpulan dan membahagikan mereka berdasarkan kelompok umur tertentu agar program dapat dijalan dengan lebih terancang. Kemudian kami akan menentukan fasilitator yang akan menguruskan kumpulan masing-masing.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menetapkan memastikan berapa ramai anak-anak yatim dari rumah tersebut yang akan menyertai program ini. Seterusnya akan membentuk kumpulan dan membahagikan mereka berdasarkan kelompok umur tertentu agar program dapat dijalan dengan lebih terancang. Kemudian kami akan menentukan fasilitator yang akan menguruskan kumpulan masing-masing.
Sesi perbincangan dengan Pengurus rumah Nur Hikmah, Pn. Fatimah sedang dijalankan.
Pada lawatan kali pertama tidak kelihatan ramai anak-anak dalam rumah tersebut kerana majoriti mereka berada di sekolah. Tetapi pada lawatan kali kedua didapati kesemua mereka berada dirumah dengan aktiviti masing-masing.
Pemandangan sayu mula menerjah hati tatkala melihat keadaan dan gelagat mereka dirumah ini. Dari bayi sekecil setahun sehinggalah yang paling besar berumur 18 tahun berada di sana.
Antara mereka sangat akrab antara satu sama lain, bermain, makan dan menonton televisyen bersama sama. Kelihatan masing-masing menerima apa sahaja seadanya dan tidak kelihatan mereka saling bergaduh atau berebut barang antara satu sama lain. Hubungan kasih sayang sesama mereka jelas terpancar.
Gambar atas kelihatan pengurus rumah ini iaitu Pn. Fatimah dan anak yatim yang paling kecil berumur setahun.
Kedatangan wakil kumpulan kami disambut mesra oleh anak-anak ini dan kelihatan mereka sangat manja dan mudah mesra.
Kedatangan wakil kumpulan kami disambut mesra oleh anak-anak ini dan kelihatan mereka sangat manja dan mudah mesra.
Inilah kakak-kakak dan abang-abang yang lebih besar bertindak sebagai pengawal dalam mengawal adik-adik yang masih kecil.
Mereka makan bersama dalam sebuah dulang..
Hidangan makanan yang dinikmati bersama...
Friday, 25 April 2014
Bahan Pengajaran Program
Pada peringkat awal perancangan perlaksanaan program ini, kami telah bersepakat untuk membuat program tahsin al-Fatehah dan sukan rakyat atau permainan menguji minda sahaja. Tetapi setelah kami melihat sendiri keadaan sekitar yang mempunyai ruangan yang agak terhad, kami mengubah rancangan kepada program tahsin al-Fatehah, latihan amali wuduk dan latihan amali solat sahaja serta sedikit kuiz yang akan diberikan hadiah kepada yang berjaya.
Kami juga sedang berusaha mendapatkan kebenaran agar kami dapat menggunakan bagunan surau yang berhampiran kawasan rumah anak yatim tersebut supaya pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih teratur dan selesa.
Kami akan menggunakan buku 'Pemantapan Rohani Fardhu Ain', iaitu buku terbitan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Buku ini dicadangkan oleh Timbalan Pengarah Program iaitu Pn. Rohaya Abd. Latiff. Buku ini digunakan dalam pengajaran fardhu ain di Sekolah-sekolah Agama Rakyat di Negeri Sembilan.
Didalamnya terdapat panduan lengkap cara mengambil wuduk, bacaan doa, bacaan solat, panduan lengkap solat fardhu bergambar, dan soalan kuiz juga disediakan. Setiap ahli akan diberi bab masing-masing berpandukan buku ini dan mereka akan menyediakan bahan pengajaran masing-masing.
Kami mengambil keputusan untuk mengajarkan ilmu Fardhu Ain ini kerana melalui pertemuan pertama dengan pengurus rumah anak yatim tersebut, kami telah diberitahu bahawa anak-anak di rumah anak yatim tersebut tidak dihantar ke kelas agama KAFA atas sebab-sebab tertentu termasuk kekurangan pembiayaan, pengangkutan dan beberapa kesulitan lain.
Tuesday, 22 April 2014
Kutipan dana Program Khidmat Masyarakat Rumah Anak Yatim Nur Hikmah Kajang...
Dalam program Khidmat Masyarakat kali ini, kami berusaha mengumpul seberapa banyak dana untuk disumbangkan ke rumah berkenaan. Majlis akan diadakan pada 3 Mei 2014 bersamaan hari Sabtu. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dan InsyaAllah akan berakhir pada jam 4.00 petang. Tentatif program akan dilampirkan kemudian. Sumbangan dari saudara-saudari, tuan-puan sangat digalakkan.
Disini juga kami sertakan sekali pamplet rumah Anak Yatim Nur Hikmah dan kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan khidmat bakti dan bantuan lain selepas ini boleh juga terus berhubung dengan mereka yang bertanggungjawab menguruskan rumah anak yatim ini.
Lawatan pertama dan suaikenal ke rumah Anak Yatim Nur Hikmah Kajang
Setelah perbincangan melalui group Whatssap, kami memutuskan untuk membuat lawatan kali pertama sebelum projek sebenar berlangsung. Kata sepakat telah dipersetujui bersama pada 21/4/14 bahawa kami akan berkumpul di Masjid UKM pada 22/4/14 hari selasa jam 10.45 pagi dan akan bertolak dari UKM Bangi ke Kajang dengan menaiki sebuah kenderaan sahaja iaitu Toyota Estima yang boleh memuatkan 7 penumpang.
Pengarah Projek Syahidah Najwa sedang menerangkan sesuatu berkenaan tentatif program dan beberapa perkara lain yang bersangkutan dengannya.
Siap sedia untuk bertolak ke Rumah Anak Yatim Nur Hikmah. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit dari UKM ke tempat yang ditujui. Alhamdulillah perjalanan lancar dan mudah.
Tiba di rumah Anak Yatim Nur Hikmah atau nama penuhnya 'Persatuan Kebajikan Nur Hikmah Malaysia (0340-07-SEL) yang beralamat di Lot 1152, JalAN 18, TAMAN MESRA, 4300 Kajang Selangor.
Diruang hadapan rumah kelihatan beberapa bekalan makanan seperti beras, tepung dan gula serta beberapa keperluan asas sumbangan dari orang ramai yang perihatin. Keadaan sekitar agak sempit dan kurang terurus. Mungkin kerana terlalu ramai anak-anak yatim ditempat kan disini. Kami difahamkan disini terdapat sekitar 40 orang anak-anak yatim dan anak-anak yang ditinggalkan oleh ibubapa yang menghilangkan diri begitu sahaja.
Perbincangan dengan wakil yang menyambut ketibaan kami, Puan Fatimah. Beliau adalah yang bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal anak-anak di rumah ini.
Perbincangan diteruskan dengan menetapkan tarikh dan program yang akan dijalankan dan beberapa perkara yang berkaitan dengan hari perlaksanaan projek sebenar pada 3 Mei 2013 bersamaan hari Sabtu. Disamping itu kami berkesempatan membuat sedikit temubual mengenai latar belakang penubuhan rumah anak yatim tersebut, kos perbelanjaan, tenaga pekerja dan beberapa lagi perkara yang berkaitan dengannya.
Selesai sesi perbincangan dan suaikenal, kami memberikan sedikit cenderahati berupa hamper buah-buahan kepada Yang Dipertua rumah anak Yatim Nur Hikmah iaitu En. Othman bin Hj. Ahmad. Untuk makluman semua, kebetulan pada waktu kedatangan kami ini beliau agak kurang sihat dan tidak mampu berdiri dengan sempurna. didoakan semoga beliau sembuh dengan segera...
Monday, 21 April 2014
Kelas pertama dan kedua Pembangunan Diri 2 UKM PBJJ semester 2013/2014
Kelas bermula bagi semester dua PBJJ UKM semester 2013/2014 untuk subjek Pembangunan Diri 2 bermula pada 19/20 April 2014. Masing-masing tidak sabar apa pula bentuk ilmu dan tugasan yang akan digalas kali ini.
Tekun mendengar kuliah, walaupun agak mengantuk, maklum jam melewati 3.00 petang, memang ini adalah masa yang penuh dengan dugaan. apatah lagi masing-masing selesai menikmati makanan tengahari
Pensyarah kami kali ini ialah En. Ahmad Rafizi Salleh dari Pusat Pengajian Umum UKM.
Beliau kelihatan seorang yang tegas dan berdedikasi, kemas gaya penyampaiannya, mudah difahami dan sangat bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu yang diamanahkan kepada beliau. Pada mulanya nampak agak serius pertama kali dilihat dari segi panampilannya, tapi setelah beberapa jam mendengar ceramah dalam kuliahnya, banyak sungguh ilmu bermanfaat yang disampaikannya. Alhamdulillah…semoga Allah merahmatinya.
Pertemuan kali pertama lebih berkisar mengenai program khidmat masyarakat yang akan dijalankan oleh setiap pelajar. Ini adalah rentetan daripada subjek Pembangunan Diri 1 semester lepas. Jika pada semester lepas kami hanya belajar teori dan sedikit amali secara berkumpulan, tetapi pada semester kali ini lebih mencabar lagi. Segala ilmu yang telah dipelajari pada semester lepas akan digarab dan dilaksanakan secara praktikal dan amali pada sem kali ini.
Inilah tugasan kami bagi subjek PD2 semester 2 ini..
Kami dikehendaki membuat proposal, menetapkan ahli kumpulan seramai 9 orang.
Tetapi bagi pelajar perempuan jumlah tersebut tidak mencukupi, kami hanya bahagikan kumpulan kepada 7 orang sahaja..
Oleh kerana pelajar lelaki agak ramai, mereka mampu mengumpul sembilan orang setiap kumpulan.
Tugasan kali ini agak mencabar, bayangkan hari sabtu menetapkan kumpulan dan memikirkan program apa yang bakal dilaksanakan, manakala pada hari Ahad esoknya kami perlu membentangkan proposal untuk program khidmat masyarakat tersebut..
Tugasan yang kami pilih adalah 'Program Khidmat Masyarakat di rumah Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal' di Kajang, Selangor. Kami bercadang akan mengadakan program berbentuk tahsin al-Fatehah, teori amali wuduk dan teori amali solat terhadap anak-anak yatim tersebut. Semua ini hasil usaha ketua kumpulan mencari tempat dan tugasan timbalannya pula menghubungi rumah berkenaan.
Kumpulan kami seramai 7 orang yang terdiri daripada Syahidah Najwa sebagai ketua kumpulan dan Pengarah Program, Rohaya sebagai timbalan dan lima yang lain ahli jawatankuasa ialah Azlina, Maryam, Norhazlina dan Salmah sedia memikul tugasan dengan agihan tugasan masing-masing.
Kami hanya menggunakan masa beberapa jam sahaja untuk mencari lokasi yang sesuai dan membuat temujanji, menjelaskan perbelanjaan, program yang akan dijalankan, persediaan kelengkapan dan peralatan, menyusun ahli jawatankuasa dan sebagainya, tidak ubah seperti program realiti di media tempatan sahaja!
Subscribe to:
Posts (Atom)