Monday, 21 April 2014

Kelas pertama dan kedua Pembangunan Diri 2 UKM PBJJ semester 2013/2014


Kelas bermula bagi semester dua PBJJ UKM semester 2013/2014 untuk subjek Pembangunan Diri 2 bermula pada 19/20 April 2014. Masing-masing tidak sabar apa pula bentuk ilmu dan tugasan yang akan digalas kali ini.

Tekun mendengar kuliah, walaupun agak mengantuk, maklum jam melewati 3.00 petang, memang ini adalah masa yang penuh dengan dugaan. apatah lagi masing-masing selesai menikmati makanan tengahari



Pensyarah kami kali ini ialah En. Ahmad Rafizi Salleh dari Pusat Pengajian Umum UKM.


Beliau kelihatan seorang yang tegas dan berdedikasi, kemas gaya penyampaiannya, mudah difahami  dan sangat bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu yang diamanahkan kepada beliau. Pada mulanya nampak agak serius pertama kali dilihat dari segi panampilannya, tapi setelah beberapa jam mendengar ceramah dalam kuliahnya, banyak sungguh ilmu bermanfaat yang disampaikannya. Alhamdulillah…semoga Allah merahmatinya.


Pertemuan kali pertama lebih berkisar mengenai program khidmat masyarakat yang akan dijalankan oleh setiap pelajar.  Ini adalah rentetan daripada subjek Pembangunan Diri 1 semester lepas. Jika pada semester lepas kami hanya belajar teori dan sedikit amali secara berkumpulan, tetapi pada semester kali ini lebih mencabar lagi. Segala ilmu yang telah dipelajari pada semester lepas akan digarab dan dilaksanakan secara praktikal dan amali pada sem kali ini.


Inilah tugasan kami bagi subjek PD2 semester 2 ini..
Kami dikehendaki membuat proposal, menetapkan ahli kumpulan seramai 9 orang.



Tetapi bagi pelajar perempuan jumlah tersebut tidak mencukupi, kami hanya bahagikan kumpulan kepada 7 orang sahaja..


Oleh kerana pelajar lelaki agak ramai, mereka mampu mengumpul sembilan orang setiap kumpulan.

Tugasan kali ini agak mencabar, bayangkan hari sabtu menetapkan kumpulan dan memikirkan program apa yang bakal dilaksanakan, manakala pada hari Ahad esoknya kami perlu membentangkan proposal untuk program khidmat masyarakat tersebut..



Tugasan yang kami pilih adalah 'Program Khidmat Masyarakat di rumah Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal' di Kajang, Selangor. Kami bercadang akan mengadakan program berbentuk tahsin al-Fatehah, teori amali wuduk dan teori amali solat terhadap anak-anak yatim tersebut.  Semua ini hasil usaha ketua kumpulan mencari tempat dan tugasan timbalannya pula menghubungi rumah berkenaan.


Kumpulan kami seramai 7 orang yang terdiri daripada Syahidah Najwa sebagai ketua kumpulan dan Pengarah Program, Rohaya sebagai timbalan dan lima yang lain ahli jawatankuasa ialah Azlina, Maryam, Norhazlina dan Salmah sedia memikul tugasan dengan agihan tugasan masing-masing.


Kami hanya menggunakan masa beberapa jam sahaja untuk mencari lokasi yang sesuai dan membuat temujanji, menjelaskan perbelanjaan, program yang akan dijalankan, persediaan kelengkapan dan peralatan, menyusun ahli jawatankuasa dan sebagainya, tidak ubah seperti program realiti di media tempatan sahaja!



No comments:

Post a Comment