Friday, 25 April 2014

Bahan Pengajaran Program

Pada peringkat awal perancangan perlaksanaan program ini, kami telah bersepakat untuk membuat program tahsin al-Fatehah dan sukan rakyat atau permainan menguji minda sahaja. Tetapi setelah kami melihat sendiri keadaan sekitar yang mempunyai ruangan yang agak terhad, kami mengubah rancangan kepada program tahsin al-Fatehah, latihan amali wuduk dan latihan amali solat sahaja serta sedikit kuiz yang akan diberikan hadiah kepada yang berjaya.


Kami juga sedang berusaha mendapatkan kebenaran agar kami dapat menggunakan bagunan surau yang berhampiran kawasan rumah anak yatim tersebut supaya pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih teratur dan selesa.


Kami akan menggunakan buku 'Pemantapan Rohani Fardhu Ain', iaitu buku terbitan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.  Buku ini dicadangkan oleh Timbalan Pengarah Program iaitu Pn. Rohaya Abd. Latiff. Buku ini digunakan dalam pengajaran fardhu ain di Sekolah-sekolah Agama Rakyat di Negeri Sembilan.


Didalamnya terdapat panduan lengkap cara mengambil wuduk, bacaan doa, bacaan solat, panduan lengkap solat fardhu bergambar, dan soalan kuiz juga disediakan.  Setiap ahli akan diberi bab masing-masing berpandukan buku ini dan mereka akan menyediakan bahan pengajaran masing-masing.



Kami mengambil keputusan untuk mengajarkan ilmu Fardhu Ain ini kerana melalui pertemuan pertama dengan pengurus rumah anak yatim tersebut, kami telah diberitahu bahawa anak-anak di rumah anak yatim tersebut tidak dihantar ke kelas agama KAFA atas sebab-sebab tertentu termasuk kekurangan pembiayaan, pengangkutan dan beberapa kesulitan lain.


Bermakna ini adalah salah satu tanggungjawab kami mengajarkan kepada mereka untuk memantapkan lagi ilmu fardhu ain.  Kami juga berharap selepas daripada program ini kami dapat menyumbangkan lagi ilmu yang bermanfaat ini secara berterusan, InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment