Sunday, 27 April 2014

Lawatan Kali Kedua Sebelum Program Bermula

Lawatan kali kedua sebelum program ini bermula telah dilakukan oleh Pengarah Program Shahidah Najwa dan Timbalannya Pn. Rohaya bersama salah sorang AJK yang terlibat iaitu Nur Atikah pada hari Sabtu bersamaan 26/04/14.  Bertolak dari UKM Bangi pada jam 5.30 petang dan tiba disana hampir jam 6.00 petang.


Tujuan lawatan ini adalah untuk menetapkan memastikan berapa ramai anak-anak yatim dari rumah tersebut yang akan menyertai program ini. Seterusnya akan membentuk kumpulan dan membahagikan mereka berdasarkan kelompok umur tertentu agar program dapat dijalan dengan lebih terancang. Kemudian kami akan menentukan fasilitator yang akan menguruskan kumpulan masing-masing.


Sesi perbincangan dengan Pengurus rumah Nur Hikmah, Pn. Fatimah sedang dijalankan.


Pada lawatan kali pertama tidak kelihatan ramai anak-anak dalam rumah tersebut kerana majoriti mereka berada di sekolah.  Tetapi pada lawatan kali kedua didapati kesemua mereka berada dirumah dengan aktiviti masing-masing.

Pemandangan sayu mula menerjah hati tatkala melihat keadaan dan gelagat mereka dirumah ini.  Dari bayi sekecil setahun sehinggalah yang paling besar berumur 18 tahun berada di sana.


Antara mereka sangat akrab antara satu sama lain, bermain, makan dan menonton televisyen bersama sama. Kelihatan masing-masing menerima apa sahaja seadanya dan tidak kelihatan mereka saling bergaduh atau berebut barang antara satu sama lain. Hubungan kasih sayang sesama mereka jelas terpancar.

Gambar atas kelihatan pengurus rumah ini iaitu Pn. Fatimah dan anak yatim yang paling kecil berumur setahun.

Kedatangan wakil kumpulan kami disambut mesra oleh anak-anak ini dan kelihatan mereka sangat manja dan mudah mesra.


Inilah kakak-kakak dan abang-abang yang lebih besar bertindak sebagai pengawal dalam mengawal adik-adik yang masih kecil.


Mereka makan bersama dalam sebuah dulang..


Hidangan  makanan yang dinikmati bersama...




No comments:

Post a Comment